Program NIlAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar.Program NILAM(Nadi Ilmu Amalan Membaca) dilaksanakan untuk menerapkan amalan membaca sebagai satu budaya masyarakat Malaysia dan usaha ini boleh direalisasikan sekiranya budaya membaca disemai dan dipupuk sejak di bangku sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa mengarahkan agar langkah-langkah positif dirancang di peringkat sekolah ke arah tujuan ini.
Ada 2 Peringkat Iaitu:-
1) JAUHARI
- Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga menjadi tabiat.
- Semua pelajar diwajibkan.
- Sebaik sahaja menguasai kemahiran asas membaca.
- Kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah(PSS)
2) RAKAN MEMBACA
- Penekanan kepada aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca.
- Membantu percambahan penyertaan pelajar dan penggunaan bahan dalam gerakan membaca.
- Kebolehan murid membimbing & menarik minat orang lain supaya membaca.
- Layak menyertai Peringkat RP setelah membaca sebanyak 100 buah buku.
- Peringkat 1 masih diteruskan.